Monday, August 26, 2019
updated 4:59 AM UTC, Aug 26, 2019

Polis tiga negara bantu Op SAR Nora Anne

  • Published in Nasional

SEREMBAN - Pasukan polis dari England, Ireland dan Perancis membantu siasatan kes kehilangan Nora Anne Quoirin yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Che Zakaria Othman pasukan polis dari tiga negara tersebut berada di lokasi pencarian bagi menyokong usaha menbantu Op SAR.

Beliau berkata demikiam dalam sidang media di Balai Polis Pantai, Seremban.
Op SAR diperkuatkan lagi dengan 353 anggota yang terdiri daripada pegawai dan anggota pelbagai jabatan.
Skop pencarian kini tertumpu di kawasan Gunung Berembun bermula dari puncak Telapak Buruk sehingga ke kaki Bukit Loji Air yang melibatkan Unit Komando (VAT 69) PGA Ulu Kinta dan Batalion 3 PGA (Senoi Praaq) dengan jarak pencarian 12 kilometer radius.