Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Pemandu teksi maut kemalangan di Temerloh

  • Published in Nasional

TEMERLOH - Kemalangan di Kilometer 132 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran Taman Tualang, Temerloh, mengorbankan pemandu teksi.

Insiden petang tadi, turut mencederakan seorang guru berusia 44 tahun yang memandu sebuah lagi kenderaan lain.

Dalam kejadian kira-kira 3.26 petang, mangsa Nordin Kapas, 72, dari Taman Bahagia Court yang memandu teksi meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Zundin Mahmood berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila teksi yang dipandu mangsa dari arah Mentakab menuju ke Temerloh terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat mengantuk.

Kenderaan terbabit kemudian melanggar bahagian hadapan sebelah kanan sebuah lagi kereta.

Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.