Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Hanya satu PPS masih beroperasi di Melaka

  • Published in Berita Semasa

MELAKA -  Jumlah penduduk yang terjejas banjir di Melaka terus mencatatkan penurunan kepada 89 orang daripada 20 keluarga setakat 1 tengah hari tadi berbanding 153 pendudul melibatkan 36 keluarga, pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Balai Raya Bukit Balai telah pun ditutup pada 9.15 pagi tadi.

PPS yang masih beroperasi hanya Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam yang menempatkan kesemua penduduk berkenaan.

Jumlah penduduk terjejas banjir dijangkakan terus berkurangan berikutan keadaan cuaca yang semakin baik.

Beliau juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan berkata jumlah penduduk terjejas banjir dijangkakan terus berkurangan berikutan keadaan cuaca yang semakin baik