Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Tujuh sasterawan negara terima Elaun Bulanan Penghargaan RM5,000

  • Published in Nasional
Foto - FB Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA — Tujuh sasterawan negara menerima Elaun Penghargaan Bulanan RM5,000 sebagai menghargai sumbangan mereka menaikkan martabat Bahasa Melayu tanah air.

Mereka ialah Datuk Seri Dr A. Samad Said; Profesor Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh; Datuk Noordin Hassan; Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan; Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah; Datuk Dr Baharuddin Zainal; dan Datuk Dr Zurinah Hassan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan, untuk RM5,000 sebulan seorang, kepada Kementerian Pendidikan untuk pembiayaan elaun sara hidup itu yang bermula bulan ini.

Beliau berkata pada Majlis Penyerahan Cek Elaun Penghargaan Bulanan itu kepada sasterawan berkenaan di sini.