Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Polis rampas 200 karton rokok di Johor, seorang lelaki ditahan

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditahan polis dipercayai memiliki 200 karton rokok tanpa cukai di Jalan Nakhoda, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, suspek didapati memandu sebuah kenderaan pelbagai guna, MPV dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan kereta peronda polis JBU.

Hasil pemeriksaan diseluruh bahagian kenderaan tersebut menemui 200 karton rokok.

Selain itu, kenderaan dipandu suspek turut dirampas.

Suspek berusia 48 tahun itu dipercayai membekalkan rokok seludup disekitar Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.