Friday, December 13, 2019
updated 1:02 PM UTC, Dec 13, 2019

Kes Chikugunya di Kedah

  • Published in Nasional

 

KEDAH - Kes Chikugunya di Kedah 5 orang disahkan menghidap penyakit itu daripada 23 kes kumulatif yang dikesan sejak petang semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kesemua pesakit berumur antara 35 hingga 50 tahun.

Mereka mendapat rawatan sebagai pesakit luar di klinik swasta sekitar Alor Setar dan dalam keadaan stabil.

Beberapa langkah telah diambil bagi membendung wabak itu.

Ini termasuk melakukan semburan ULTRA Light Volumme, ULB dan memusnahkan tempat berpotensi menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.

Juga, membuat pengesanan kes secara aktif (ACD) di sekitar kawasan berisiko.

Setakat ini, 342 premis telah diperiksa dan sejumlah 16 premis positif pembiakan nyamuk aedes