Thursday, November 14, 2019
updated 3:34 PM UTC, Nov 14, 2019

MSS : Pelbagai usaha dilakukan bantu masyarakat Sabah yang menetap di Klang, Selangor

  • Published in Nasional

 

KLANG - Pelbagai usaha dilakukan bagi membantu masyarakat Sabah yang menetap di Klang, Selangor.

Antaranya melalui usaha murni yang dilaksanakan Momogun Society of Sabahan (MSS) bertujuan membantu rakyat negeri itu yang menjadi gelandangan atau tiada tempat tinggal.

Menurut Pengerusi Persatuan Momogun Cawangan Klang, Edward Sindam, usaha tersebut antara langkah bagi membantu warga Sabah yang berdepan kesukaran ketika datang ke Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Pesta Kaamatan, Gawai dan Raya anjuran MSS di Klang.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Mustapha Sakmud menyeru rakyat Sabah yang berhijrah ke ibu negara atau di masa sahaja agar tidak lupa asal usul, bahasa, budaya, dan agama.

Sebaliknya, mereka perlu menjalinkan persaudaraan dan silaturahim dengan sebaiknya.