Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Bakal haji diingatkan saling berganding bahu, bantu membantu dan hormat menghormati antara satu sama lain

  • Published in Nasional

 

NILAI - Bakal haji diingatkan supaya saling berganding bahu, bantu membantu dan hormat menghormati antara satu sama lain ketika mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut menyeru agar sepanjang berada di Tanah Suci, bakal haji dapat membina sikap kendiri iaitu keupayaan mengendalikan diri sendiri, mengekalkan disiplin serta menjaga nama baik Malaysia

Beliau menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sembilan 2019, di Kompleks Islam Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.

Datuk Seri Aminuddin turut menyarankan agar jemaah haji menggunakan sepenuh masa serta tenaga untuk melaksanakan amal ibadah agar beroleh haji yang mabrur.

Seramai 1,200 orang bakal haji terpilih untuk mengikuti Kursus Perdana Haji 2019 bagi Negeri Sembilan.