Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

27% Usahawan wanita yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar

  • Published in Nasional

 

KELANTAN - Hanya 27% golongan Wanita daripada lebih 83,000 usahawan seluruh negara yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kebanyakkan mereka juga tidak mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana menggelak dikenakan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selain bimbang tidak menerima bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH).

Tindakan itu kata beliau boleh menghalang usahawan terlibat mengembangkan perniagaan mereka.

Bagaimanapun menurut Datuk Seri Rina statistik itu tidak melambangkan jumlah sebenar.

Untuk itu pihaknya berharap golongan berkenaan berbuat demikian selain membuka akaun bank serta pengurusan kewangan yang sistematik khususnya bagi usahawan kecil di luar Bandar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita seepas merasmikan program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS)di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.

Program itu melibatkan lebih seribu 200 wanita yang berkecimpung dalam keusahawanan.

Program WINS anjuran KEMAS merupakan program pemerkasaan peranan wanita secara holistik dalam segenap aspek.

Bagi negeri Kelantan, ia melibatkan seribu peserta.

Sebelum ini program sama turut diadakan di Teengganu dan akan diperluaskan ke seluruh negara pada tahun ini.