Thursday, November 14, 2019
updated 3:34 PM UTC, Nov 14, 2019

5 sekolah diarah tutup bermula esok hingga Isnin di Pasir Gudang, Johor

  • Published in Nasional

Foto FB Mohd Khuzzan Abu Bakar

 

JOHOR - Susulan kes pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor.

Lima sekolah diarah tutup bermula esok hingga Isnin bagi membolehkan siasatan dijalankan di kawasan sekitar hingga disahkan selamat.

Sekolah berkenaan adalah Sekolah Agama Taman Mawar, Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 dan dua tadika.

Serentak dengan penutupan lima sekolah berkenaan, ia akan melibatkan kira-kira tiga ribu pelajar.

Exco Kesihatan, Warisan dan Kebudayaan, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, sehingga petang tadi, bacaan indeks udara di lokasi kejadian masih selamat dan normal.

Bagaimanapun siasatan terperinci perlu dijalankan agensi-agensi terlibat bagi mengelak kejadian susulan.

Keputusan mengenai status persekolahan juga akan dibuat, Isnin ini.

Sehingga petang tadi, tiada panggilan baru diterima Bomba dan Penyelamat berkaitan kes tersebut.

Khamis lepas, 15 orang termasuk 13 pelajar menerima rawatan selepas mengalami simptom muntah dan sesak nafas.

Enam daripada mereka menerima rawatan di hospital sebelum dibenarkan pulang.

Dan dua lagi pelajar berusia 11 tahun, turut menerima rawatan, semalam.