Friday, October 18, 2019
updated 12:14 PM UTC, Oct 18, 2019

Tourism Malaysia bantu promosi Zoo Negara

  • Published in Nasional
Foto - FB Zoo Negara

KUALA LUMPUR - Tourism Malaysia dan pihak berkaitan akan bekerjasama mempromosi dan meningkatkan semula jumlah kehadiran pengunjung ke Zoo Negara.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata pihaknya akan berusaha membantu membangunkan Zoo Negara, selain mencadangkan dilakukan pembaharuan untuk memenuhi kepuasan pengunjung yang menginginkan kelainan.

Beliau berkata pemberita selepas hadir ke majlis pelancaran ‘Discover Kuala Lumpur’ di sini.

Mei lalu, Bernama melaporkan pengunjung ke Zoo Negara semakin berkurangan dari tahun ke tahun, kerana menghadapi pelbagai isu dan persepsi negatif seperti keadaan zoo yang kurang menarik, serta haiwan yang kurus dan tidak aktif.