Wednesday, 23 June 2021

updated 3:18 AM UTC, Jun 23, 2021

Keberkesanan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan dikaji semula

  • Published in Semasa

FOTO - FB MB Negeri Sembilan


LENGGENG - Kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan akan dikaji semula keberkesanannya.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pasca nilai akan dilakukan selepas kempen keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri berakhir bagi memastikan keberkesanannya dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Beliau melihat kempen yang dijalankan seakan tidak diendahkan oleh pengguna jalan raya apabila pengguna masih terus melanggar peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Beliau yang ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan di Lenggeng menjelaskan, setakat ini lebih 100 orang maut dan jumlah bilangan saman yang dikeluarkan akibat tidak mematuhi peraturan keselamatan jalan raya agak tinggi.