Wednesday, 26 January 2022

updated 10:44 AM UTC, Jan 26, 2022

Seorang nelayan warga Filipina, 31 tahun, ditahan Polis Marin Labuan

  • Published in Nasional

 

LABUAN - Seorang nelayan warga Filipina, 31 tahun, ditahan pihak Polis Marin Labuan, kerana melakukan kesalahan menangkap ikan tanpa lesen, selain lesen bot pancing yang digunakan telah tamat tempoh.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, A-C-P Mohamad Pajeri Ali berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 5.50-petang semalam, ketika anggota polis marin melakukan tugas Op Bersepadu Gelora Khas, dikawasan perairan laut Labuan.

Hasil pemeriksaan bot, terdapat satu tong berisi pelbagai jenis ikan, dengan anggaran berat kasar 30-kilogram.