Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

Pahang berkabung selama 40 hari bermula 12 tengah hari ini

  • Published in Nasional

KUANTAN - Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dalam sidang media di Kuantan, berkata, Pahang berkabung selama 40 hari bermula 12 tengah hari ini .

Selama tempoh berkabung, semua bendera negeri akan dikibarkan setengah tiang dan untuk tempoh tiga hari pertama hingga 12 tengah hari Sabtu dan tiada acara keraian atau hiburan dibenarkan.

Kerabat diraja Pahang pula berkabung selama 100 hari .

Jenazah almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah dikafankan di Istana Negara di Kuala Lumpur, sebelum diterbangkan ke Pangkalan Udara Kuantan .

Jenazah kemudian dibawa ke Istana Abu Bakar di Pekan dan rakyat yang ingin menziarah dan memberi penghommatan terakhir boleh berbuat demikian bermula malam ini sehingga 9 pagi esok.

 Mereka yang ingin menziarah diingatkan untuk berpakaian berkabung serba hitam yang sesuai, dengan golongan wanita dinasihatkan untuk memakai tudung atau seledang.

Istiadat rasmi pemakaman dijadualkan bermula pada 9 pagi esok, dengan jenazah almarhum dibawa ke persada di Istana Abu Bakar untuk penghormatan terakhir oleh kerabat dan orang kenamaan, bermula 11 pagi.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah yang terletak bersebelahan Makam Diraja dan solat jenazah akan diimamkan oleh Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman sebelum dimakamkan selepas Zohor esok

((RTM PAHANG/AYU))