Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

Bendera Negeri Selangor dikibar separuh tiang sehingga esok

  • Published in Nasional

FOTO - Kerajaan Negeri Selangor

 

SELANGOR - Sultan Selangor  Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar bendera Negeri Selangor dikibarkan separuh tiang bermula hari ini dan esok.  

Ia bagi menghormati kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menerusi laman twitternya.

Amirudin juga turut merafak ucapan takziah ke atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah juga menerusi laman twitter.