Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

Tiket ETS & KTM antarabandar hanya berbaki 200,000 Aidilfitri

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Tiket kereta api bagi perkhidmatan ETS dan KTM Antarabandar, hanya berbaki kira-kira 200,000 sahaja untuk warga kota pulang berhari raya, dengan sebahagiannya diperuntukkan untuk jualan pada waktu puncak dan paling puncak bermula 24 Mei hingga 9 Jun.

Ia melibatkan perjalanan sehingga 16 Jun.

Secara keseluruhannya KTMB menyediakan 555,820 tiket kereta api sepanjang tempoh berkenaan.

KTMB bersedia menambah jumlah tiket dan meningkatkan kekerapan tren, sekiranya mendapat permintaan tinggi. Pembelian dibuat menerusi kaunter tiket KTMB atau secara dalam talian di laman sesawang www.ktmb.com.my