Sunday, 22 May 2022

10 individu disyaki pendatang asing di tahan di kawasan ESSCom

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan seramai 10 individu disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi khas di Pusat Pemeriksaan Daratan RCP.

Komander Esscom DCP Datuk Hazani Ghazali berkata mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita berumur antara 16 hingga ditahan 52 tahun ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, termasuk mempunyai dokumen pengenalan diri yang meragukan.

Menerusi kenyataan Operasi yang bermula pukul 10 malam dan berakhir pada 2 pagi semalam Sabtu.

Ia turut disertai oleh seorang anggota polis trafik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran dan enam anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Beluran.

Kesemua suspek telah dibawa ke IPD Beluran untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Tambah Datuk Hazani, ESSCOM akan terus meningkatkan penguatkuasaan bagi mengekang
mengekang aktiviti penyeludupan dan kemasukan PATI melalui laluan tikus di sekitar Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.