Wednesday, 28 September 2022

Kerajaan boleh pertimbang perkhidmatan bekam dalam fasilliti kesihatan - Dzulkefly Ahmad

  • Published in Nasional

Foto : FB Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR - Pengenalan perkhidmatan bekam di fasilliti kesihatan kerajaan boleh dipertimbang setelah melihat kepada hasil laporan penilaian teknologi tersebut dan situasi semasa.

Jelas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kementeriannya akan terus mengkaji dan menghasilkan satu Laporan Teknologi Kesihatan mengenai Bekam Basah Untuk Penyakit Diabetes dan Kardiovaskular.

Beliau menegaskan, kementerian akan meneliti bukti saintifik berkaitan keberkesanan bekam basah bagi kedua-dua penyakit tersebut dalam masa terdekat.

Bagaimanapun daripada segi aspek amalan dan kebersihan, ia menjadi tanggungjawab kementeriannya untuk memastikan premis berkenaan mematuhi peraturan.