Tuesday, November 19, 2019
updated 4:30 AM UTC, Nov 19, 2019

JK Khas Pantau Air Pasang Surut Di Pasir Puteh Dan Bachok

  • Published in Nasional

Pasir Puteh - Sebuah jawatankuasa khas di peringkat jabatan telah ditubuhkan bagi memantau ketiga-tiga pintu kawalan air pasang surut di jajahan Pasir Puteh dan Bachok.

Tiga pintu kawalan itu dan 16 rumah pam kini dalam keadaan siap sedia menghadapi banjir luar jangka di jajahan tersebut.

Pengarah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak Mohamed Kaberi Ghani berkata dua pintu air itu terletak di Gong Kulim dan Kampung Lembah manakala bagi jajahan Bachok, di Pangkalan Petah.

Beliau berkata 16 rumah pam kesemuanya terletak di Pasir Puteh akan digunakan bagi mengepam air ke dalam parit jika berlaku banjir.

"Pintu air pula digunakan bagi mengelak air dari Laut China Selatan memasuki bandar Pasir Puteh jika berlaku fenomena air pasang besar.

Pintu air di Bachok pula bagi menyekat air laut masuk ke kawasan Pangkalan Petah di mana terdapat tanaman padi di situ, katanya.