Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Tentera Jerman bantu pindah pesakit COVID-19 ke ICU

BAVARIA, 27 November - Hospital di Jerman hampir mencecah kapasiti penuh berikutan hampir 4,000 pesakit COVID-19 kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Susulan peningkatan mendadak bilangan kes positif itu, tentera Jerman dikerah membantu memindahkan pesakit yang memerlukan rawatan ICU.

Saxony menjadi negeri pertama di Jerman yang merekodkan jumlah kes mingguan melebihi 1,000 bagi setiap 100,000 penduduk.

Pada Khamis, sebuah helikopter dilihat membawa pesakit ICU dari timur Jerman, Thuringia ke hospital di Hannover kerana dipercayai tiada kekosongan katil.

Tentera Udara Jerman juga menyediakan dua pesawat Medevac khusus bagi membawa pesakit yang memerlukan rawatan ICU ke kawasan yang mempunyai katil tersedia.

Sebanyak 68.1 peratus daripada 83 juta penduduk Jerman telah diberi vaksin sepenuhnya, jauh di bawah paras minimum 75 peratus yang disasarkan kerajaan.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Berita Dunia
  • Hits: 90