Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Tindakan segera perlu diambil, namun tidak perlu panik

LONDON, 1 Disember - Menteri Kesihatan negara anggota G7, menggesa agar 'tindakan segera' diambil bagi memerangi penularan varian baharu COVID-19, Omicron ke seluruh dunia.

Namun Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pula menegaskan, kemunculan strain itu bukan sebab untuk panik.

Joe Biden memberitahu bahawa beliau tidak menjangkakan sebarang pelaksanaan perintah berkurung atau lanjutan sekatan perjalanan di Amerika Syarikat setakat ini.

Tegas beliau, Amerika Syarikat berada dalam kedudukan yang baik untuk mengawal penularan varian baharu tersebut.

Dalam pada itu, Australia dan Jepun antara negara di dunia yang mengenakan sekatan perjalanan baharu selepas Omicron dikenal pasti.

Meskipun belum ada kematian dilaporkan, dunia terus dibelenggu ancaman COVID-19 selepas kes pertama virus itu direkodkan hampir dua tahun lalu.

Malah banyak negara terutama di barat Eropah masih bergelut dengan peningkatan pantas kes COVID-19 dan melaksanakan semula pelbagai langkah sekatan sekali gus memberi kesan terhadap ekonomi.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Berita Dunia
  • Hits: 87