Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Insiden majlis hari jadi, pelaku tembak diri sendiri

COLORADO, 10 Mei - Enam orang terbunuh akibat ditembak seorang lelaki yang kemudian menembak dirinya sendiri termasuk teman wanitanya.

Kejadian berlaku dalam satu majlis sambutan hari jadi di Canterbury Mobile Home Park, timur Colorado.

Polis yang tiba di lokasi kejadian menemukan enam mayat dewasa dan seorang lelaki cedera parah yang kemudian meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.

Siasatan awal polis menunjukkan, keenam-enam mangsa daripada satu keluarga itu ditembak ketikan mengadakan satu majlis hari jadi dalam sebuah treler.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

Ini kejadian kali ketiga di Colorado Springs sejak Oktober 2015.

Namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Amerika Syarikat sering berdepan ancaman kejadian sama termasuk di kemudahan FedEx Indianapolis, bangunan pejabat di California, kedai runcit di Boulder, Colorado dan beberapa kedai SPA di Atlanta.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 151