Wednesday, 23 June 2021

updated 2:18 AM UTC, Jun 23, 2021

PM British Cameron Akan Letak Jawatan Ekoran Keputusan Pungutan Suara British Keluar EU

 

London - Perdana Menteri British, David Cameron mengumumkan beliau akan meletak jawatan ekoran keputusan rakyat British undi untuk keluar dari blok Kesatuan Eropah.

Cameron berkata demikian dalam satu persidangan media di London selepas rakyat UK mengundi dalam satu referendum pilihan untuk "Keluar atau Kekal" Kesatuan Eropah. 

"Kita perlu mempunyai seorang perdana menteri baru selepas persidangan parti Konservatif yang akan diadakan pada bulan Oktober."

"Orang-orang British telah mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah dan kehendak mereka perlu dihormati," kata Cameron.

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 591