Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Serangan Trak Di Perancis - Angka Terbunuh Meningkat Ke 84 Orang

 

Nice - Angka kematian serangan trak ke atas orang ramai telah meningkat ke 84, dan dalam pada itu, Presiden Perancis, Francois Hollande memanggil serangan itu adalah kerja pihak pengganas.

Penyerang, yang dikenal pasti oleh sumber polis sebagai seorang Perancis kelahiran Tunisia, berusia 31 tahun,  juga melepaskan tembakan sebelum polis menembaknya mati.

Beliau dikenali kepada pihak polis untuk jenayah biasa tetapi tidak kepada perkhidmatan perisikan, menurut sumber itu.

 

Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata 18 mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 465