Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

4 Terbunuh , 10 Cedera Dalam Serangan Di Hospital

Yaman - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam serangan ke atas hospital di utara Yaman . 

Serangan terhadap hospital di wilayah Saada itu adalah antara serangan terburuk terhadap pusat perubatan sepanjang krisis sembilan bulan lalu. 

Hospital Shiara ini diselia oleh kumpulan perubatan antarabangsa.

Satu lagi serangan peluru berpandu disasarkan terhadap hospital Razeh dan mencederakan ramai pesakit dan kakitangan hospital. 

Menurut doktor hospital itu, sudah beberapa kali pusat perubatan tersebut menjadi sasaran serangan . 

Sebelum ini, serangan udara  yang diketuai Arab Saudi  pada 27 Oktober tahun lepas, memusnahkan kemudahan hospital Haydan manakala pusat kesihatan Taiz pada 3 Disember 2015. 

Pada Isnin lepas pula, hospital di daerah Swadi menjadi sasaran serangan udara dalam operasi menghapuskan kumpulan Houthi.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 372