Monday, 16 May 2022

Varian Omicron kini dikesan di 110 buah negara- WHO

 

GENEVA, 25 Disember- Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, memaklumkan varian Omicron COVID-19 telah dikesan di 110 buah negara dunia.

Jangkitan varian itu telah menunjukkan corak peningkatan ketara berbanding varian Delta.

Di negara yang terdapat penularan dalam komuniti, Omicron nyata menular lebih pantas berbanding Delta dengan tempoh berganda di antara dua dan tiga hari.

Namun kajian awal di Afrika Selatan, United Kingdom dan Denmark menunjukkan Omicron menyebabkan risiko kemasukan ke hospital lebih rendah berbanding Delta.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Berita Dunia
  • Hits: 186