Monday, December 16, 2019
updated 5:49 AM UTC, Dec 16, 2019

Turki Kini Menerima Lebih 2.5 Juta Pelarian Syria.

London , Britain - Negara penyumbang berikrar memberi 5 bilion Dolar Amerika atau 20.44 bilion Ringgit sebagai bantuan kepada rakyat Syria ketika pemimpin dunia berkumpul dalam satu persidangan menangani krisis kemanusiaan terburuk dunia.

Dengan perang saudara di Syria kini masuk tahun kelima dan cubaan lain menggagalkan rundingan damai di Geneva selepas beberapa hari bersidang, mesyuarat di London menyasarkan menangani keperluan kira-kira enam juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal dalam negara itu dan lebih empat juta menjadi pelarian di negara lain.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB Ban Ki-moon menyifatkan kejayaan mengumul dana yang besar adalah di luar jangkaan.

Namun, di sebalik itu, Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu memberitahu persidangan, puluhan ribu warga Syria kini sedang bergerak ke negaranya untuk melarikan diri daripada serangan udara di Aleppo.




 

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 477