Saturday, 26 September 2020

updated 6:28 AM UTC, Sep 26, 2020

Kemaskini : Pesawat EgyptAir Sah Terhempas

Kaherah - Penerbangan EgyptAir dari Paris, Perancis ke Kaherah, Mesir yang hilang daripada radar pagi tadi, sah terhempas di laut, berhampiran Pulau Karpathos, Greece.

Menurut pihak berkuasa penerbangan Greece, pesawat MS 804 itu terhempas 130 batu nautika dari kepulauan tersebut, kira-kira pukul 2.29 pagi waktu Mesir, bersamaan 8.29 pagi tadi waktu Malaysia.

Ia membawa 66 orang termasuk 10 kru itu, berlepas dari Paris malam tadi, dan sepatutnya mendarat di Kaherah pukul 3 pagi tadi.

Komunikasi terakhir dengan juruterbangnya dilakukan, 3 minit sebelum pesawat itu hilang, semasa berada di ruang udara Kaherah.

Justeru, Greece menghantar dua pesawat bagi operasi mencari dan menyelamat.
                
Menurut CNN pula, pesawat terbang pada ketinggian 37 ribu kaki, dan hilang sebelum memasuki ruang udara Mesir.

Keadaan cuaca di lokasi tersebut pada waktu kejadian, bagaimanapun dilaporkan baik.




 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 397