Saturday, 26 September 2020

updated 6:28 AM UTC, Sep 26, 2020

Syarikat EgyptAir Perbetul Kenyataan Berhubung Penemuan MS 804

 

Kaherah - Syarikat Penerbangan EgyptAir memperbetul kenyataan awalnya dan kini mendakwa serpihan yang ditemui di Laut Mediterranean adalah bukan dari pesawat miliknya dari penerbangan MS 804.

 

Naib Pengerusinya, Ahmed Adel berkata demikian setelah pihaknya mengenal pasti jaket keselamatan dan cebisan plastik yang ditemui.

 

Justeru menurutnya, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan bagi menentukan lokasi sebenar pesawat berkenaan.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 456