Tuesday, November 19, 2019
updated 5:21 AM UTC, Nov 19, 2019

Korea Utara Membuat Persediaan Untuk Melancar Teknologi Angkasa

Utara Pyongyang, Korea Utara - Amerika Syarikat meningkatkan pemantauan ke atas kawasan tapak pelancaran peluru berpandu Korea Utara dan mendakwa negara itu membuat persediaan untuk melancarkan satelit tentera di masa depan.

Washington mendedahkan terdapat kebimbangan bahawa Pyongyang akan cuba menggunakan teknologi angkasa lepas meningkatkan kemampuan peluru berpandunya.

Majlis Keselamatan PBB turut bersidang hari ini bagi membincangkan sekatan terbaharu ke atas Korea Utara selepas negara itu melancarkan ujian nuklear pada 6 Januari lalu.

Perisikan mendakwa terdapat pergerakan komponen dan peluru di tapak pelancaran Sohae dan ujian boleh dilakukan dalam beberapa minggu.

Ketua Pegawai Perisikan Komersial Syarikat All Source Analysis berkata imej menunjukkan pergerakan aktiviti meningkat pada waktu malam di tapak itu.

Korea Utara dilaporkan cuba menghalang satelit daripada mengambil imej di kawasan ketenteraan dengan pelbagai cara.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 340