Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

5 Maut Pesawat Pelancongan Terhempas Di Hawaii

Honolulu - Lima orang maut selepas sebuah pesawat pelancongan terjunan udara terhempas dan terbakar di Hawaii.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi di Pulau Kauai itu membabitkan pesawat ringan satu enjin Cessna 182H.

Juruterbang, dua pengajar terjunan udara dan dua penerjun dipercayai berada dalam pesawat.

Empat daripada mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian berhampiran kawasan luar Lapangan Terbang Port Allen manakala seorang lelaki diisytiharkan mati selepas dibawa ke Hospital Memorial Wilcox.

Kumpulan itu dipercayai sebahagian daripada pelanggan yang dikendalikan SkyDive Kauai.

Menurut Presiden syarikat, David Timko , beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kemalangan sedang disiasat.




Lima orang maut selepas sebuah pesawat pelancongan terjunan udara terhempas dan terbakar di Hawaii, satu daripada dua nahas udara yang dilaporkan berlaku Isnin lalu di pulau itu. Menurut jabatan bomba, kejadian pada kira-kira jam 9.30 pagi di Pulau Kauai itu membabitkan pesawat ringan satu enjin Cessna 182H. Juruterbang, dua pengajar terjunan udara dan dua penerjun dipercayai berada dalam pesawat. Empat daripada mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian berhampiran kawasan luar Lapangan Terbang Port Allen manakala seorang lelaki diisytiharkan mati selepas dibawa ke Hospital Memorial Wilcox. Kumpulan itu dipercayai sebahagian daripada pelanggan yang dikendalikan SkyDive Kauai. Presiden syarikat, David Timko berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kemalangan sedang disiasat. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan akan bekerjasama dengan pegawai untuk menentukan punca nahas. Beberapa jam kemudian pada hari sama di pesisir Pulau Oahu, pegawai kecemasan membawa seorang mangsa ke hospital berdekatan selepas sebuah pesawat ringan terhempas dalam laut dekat Makaha Beach Park.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/156873
  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 295