Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Tiga Pegawai Kanan Yaman Terselamat Serangan Bom

Aden - Tiga pegawai kanan Yaman terselamat dalam satu serangan bom kereta ketika dalam perjalanan di Aden.

  

Ia kemudiannya disusuli pertempuran bersenjata yang  mengorbankan tiga pengawal.

 

Saksi kejadian mengakui terdengar bunyi letupan kuat dan melihat gabenor dan rakannya berlari keluar dari kereta.

 

Jurucakap kerajaan, Nizar Anwar berkata, seorang pengebom berani mati meletupkan kereta yang dinaiki gabenor wilayah Aden dan Lahj .

 

Pengarah keselamatan Aden itu juga berada dalam konvoi tersebut.

 

Tiga tentera terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan selepas berlaku serangan bom berkenaan.

 

Pihak penyerang kemudiannya berundur ke kawasan padang pasir.

 

Aidarus al-Zubaidi dilantik sebagai gabenor Aden selepas gabenor sebelumnya terbunuh dalam serangan bom kereta pada 6 Disember yang di dakwa angkara I.S.

 

Serangan terbahru ini merupakan kumpulan pengganas yang menentang kerajaan.

 

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 297