Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Iraq Mengisytiharkan Kemenangan Ke Atas IS Di Fallujah

Baghdad - Pasukan Iraq memasuki pusat bandar Fallujah, kota Iraq paling lama dikuasai oleh IS, hampir empat minggu selepas bermulanya serangan yang disokong oleh AS.

Tentera kerajaan yang disokong oleh serangan udara pelbagai negara yang diketuai Amerika Syarikat, berjaya menawan semula bangunan Majlis Perbandaran, walaupun puak militan yang ultra masih mengawal sebahagian besar Fallujah,  jalan-jalan dan rumah-rumah masih dipasang bahan letupan .

Polis Iraq naikkan bendera Iraq atas bangunan kerajaan dan terus mengejar pemberontak, menurut kenyataan tentera. 

Perdana Menteri Haider al-Abadi mengisytiharkan kemenangan pada sebelah waktu malam, dalam pada itu,  tentera kerajaan terus mara ke dalam wilayah bandar yang masih dikuasai oleh kumpulan militan.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 244