Sunday, 26 June 2022

Moscow akan buka koridor kemanusiaan ke wilayahnya setiap hari

(Penduduk Ukraine meninggalkan negara itu susulan pencerobohan Russia menuju negara jiran di Medyka, Poland/REUTERS)

MOSCOW,11 Mac - Moscow akan membuka koridor kemanusiaan ke wilayahnya setiap hari bagi membolehkan penduduk meninggalkan Ukraine.

Ia disebalik penegasan Kiev tiada laluan pemindahan ke Rusia, akan dibuka.

Menurut seorang Pegawai Kementerian Pertahanan, Mikhail Mizintsev, koridor untuk laluan ke wilayah Rusia itu, akan dibuka tanpa sebarang perjanjian, bermula 10.00 pagi setiap hari.

(Pegawai Kementerian Pertahanan, Mikhail Mizintsev/FOTO WIKIPEDIA)

Bagaimanapun, laluan pemindahan lain, akan diteruskan berdasarkan perjanjian dengan Ukraine.

Tentera Rusia juga sedang bekerjasama rapat dengan Ukraine untuk membuka tiga lagi koridor kemanusiaan.

Mizintsev mendakwa lebih 2.5-juta penduduk Ukraine memohon dipindahkan ke Rusia.

Moscow telah memindahkan lebih 187,000 orang awam ke negara itu, satu jumlah yang tidak dapat dipastikan.

Mizintsev turut menuduh tentera Ukraine menghalang pemindahan orang awam dari bandar Mariupol. -AFP

 

  • Written by Media Baharu
  • Category: Berita Dunia
  • Hits: 215