Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Lebih 1,000 hektar hutan di Riau terbakar

JAKARTA - Lebih 1,000 kawasan hutan dilaporkan terbakar sejak Januari lepas di wilayah Riau, Sumatera.

Ia menyebabkan jerebu dan memburukkan lagi keadaan cuaca panas ketika ini.

Menurut data Badan Pengurusan Bencana Daerah Riau, kebakaran hutan sejak Januari hingga hari ini meliputi kawasan seluas 1,136 hektar.

Kebakaran hutan di Pulau Sumatera itu bukanlah perkara baharu.

Ia berlaku setiap tahun akibat cuaca panas, selain pembakaran pihak tertentu bagi tujuan pertanian, sehingga menyebabkan jerebu yang turut menjejaskan negara lain seperti Malaysia dan Singapura.

Pihak berkuasa kini bertungkus lumus memadamkan kawasan kebakaran termasuk menggunakan helikopter pengebom air.

Berdasarkan data Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia, pergerakan angin dengan kelajuan 10 hingga 27 kilometer sejam, dari timur ke arah timur laut Sumatera, dibimbangi membawa asap dan jerebu dari wilayah Riau ke kawasan lain.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Berita Dunia
  • Hits: 458