Friday, 22 October 2021

updated 9:20 AM UTC, Oct 22, 2021

Kebakaran Hutan Di South Island, New Zealand Sejak Seminggu Lepas, Tidak Menunjukkan Tanda-Tanda Akan Reda.

NEW ZEALAND - Kebakaran hutan di South Island, New Zealand sejak seminggu lepas, tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Angin kencang yang diramal hari ini, dijangka memburukkan keadaan.

Kenyataan Jabatan Pertahanan Awam menyebut, api telah merebak ke kawasan seluas 5 ribu 700 ekar.

Seramai 155 anggota bomba, serta beratus-ratus sukarelawan, anggota pertahanan awam, polis dan tentera terlibat dalam operasi memadam kebakaran.

Operasi itu turut melibatkan 23 buah helikopter dan tiga pesawat iaitu operasi memadam kebakaran dari udara terbesar dalam sejarah New Zealand.

Sehingga semalam, kira-kira tiga ribu penduduk sekitar Wakefield dan Pigeon Valley diarah berpindah. Hari ini, lebih ramai dijangka berbuat demikian.



  • Written by Media Baharu
  • Category: Berita Dunia
  • Hits: 578