Monday, August 26, 2019
updated 4:59 AM UTC, Aug 26, 2019

Lokasi sidang negara G-7 ditutup sepenuhnya elak keganasan

PERANCIS - Lokasi sidang negara G-7 ditutup sepenuhnya dua hari sebelum persidangan bermula bagi menghalang sebarang protes oleh aktivis anti-kapitalis yang dibimbangi mencetuskan keganasan.

Selain itu, 13 ribu anggota polis dan pasukan keselamatan lain digerakkan bagi mengawal Biarritz yang ditutup sepenuhnya kepada pelancong dan pengunjung.

Sepanjang sidang 24 hingga 26 Ogos ini, perkhidmatan keretapi di Biarritz dihentikan sementara, pusat pelancongan ditutup termasuk lapangan terbang.

Kawasan pelancongan popular, Grand Plage ditutup sepenuhnya bagi memastikan sidang berlangsung di Hotel du Palais berjalan lancar tanpa sebarang protes.

Ini kerana, setiap kali penghujung bulan Ogos, pantai popular ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan pelancong.

Penutupan bandaraya Biarritz terpaksa dilakukan selepas aktivis anti-kapitalis atau Black Block dilapor menggerakkan kempen menggalakkan keganasan di lokasi sidang G-7.

Perancis sejak berbulan lalu dibayangi protes ganas kumpulan Vest Kuning dan pengalaman tersebut mendorong kerajaan mengambil langkah awal membendung provokasi yang mampu mencetuskan keganasan.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Berita Dunia
  • Jumlah paparan: 74