Sunday, 26 March 2023

Tiada varian baharu selepas Beijing tamatkan polisi sifar COVID-19

  • Published in Berita Dunia

(FOTO HIASAN)

BEIJING, 8 Februari - Tiada varian baharu dikesan muncul selepas Beijing menamatkan polisi sifar COVID-19, sebaliknya lebih 90 peratus kes yang direkodkan hanya melibatkan varian sedia ada.

Dapatan tersebut diperoleh hasil kajian sekumpulan penyelidik China yang menganalisis 413 sampel dari Beijing.

Berdasarkan sampel diperoleh antara 14 November dan 20 Disember, mereka mendapati tiada varian baharu yang muncul.

(Foto AFP)

Majoriti kes baharu dikesan melibatkan subvarian BF.7 dan BA5.2, Omicron yang sudah lama wujud di negara terbabit.

China sebelum ini merekodkan peningkatan kes jangkitan selepas kerajaan mula menarik balik langkah pandemik yang ketat sejak awal Disember lalu.

Susulan penamatan dasar sifar COVID-19, lebih 12 negara mengenakan sekatan baharu ke atas pelancong China. -AFP