Pesawat terhempas, dua juruterbang selamat
- Written by Media Baharu
- Published in Berita Dunia

(Foto AFP)
RAVENSTHORPE, 8 Februari- Sebuah pesawat terlibat operasi pemadaman kebakaran hutan Taman Negara Sungai Fitzgerald di Australia dilapor terhempas.
Menurut Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia Angus Mitchell, kedua-dua juruterbang berkenaan selamat.
"Ketinggian pesawat Boeing 737 yang diubah suai itu dilapor turun mendadak sehingga paras 1,875 kaki.
"Ia kemudian terhempas dengan mencetuskan letupan dan kepulan asap.
"Kedua-dua juruterbang berjaya keluar dengan selamat, namun mengalami kecederaan ringan," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, juruterbang terlibat dibawa keluar dengan menggunakan helikopter.
Mereka dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital.
Punca sebenar nahas belum dikenal pasti. - AFP
(Foto AFP)