Sunday, 26 March 2023

Gempa bumi: Korea Utara rakam ucapan takziah kepada Syria

  • Published in Berita Dunia

(Foto REUTERS)

KOREA UTARA, 8 Februari- Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Syria Bashar al-Assad atas kejadian gempa bumi yang melanda negara itu.

Menerusi kenyataan, Jong Un berkata kerajaan dan rakyat Korea menyatakan simpati dan takziah yang mendalam kepada Presiden Syria dan penduduk di kawasan yang terjejas.

Gempa bumi bermagnitud 7.8 diikuti gempa susulan menggegarkan Turkiye dan Syria, pada Isnin lalu.

Kejadian menyebabkan lebih 7,800 orang terkorban dan mencederakan puluhan ribu yang lain di kedua-dua negara tersebut.

Gempa berkenaan turut menyebabkan ribuan bangunan terjejas termasuk hospital, sekolah dan blok pangsapuri.

Insiden berkenaan turut menyebabkan ramai orang kehilangan tempat tinggal. - REUTERS


(Foto REUTERS)