Vasyl Maliuk dilantik Ketua Pasukan Perkhidmatan Keselamatan Ukraine baharu
- Written by Media Baharu
- Published in Berita Dunia

(Foto AFP)
KYIV, 8 Februari- Parlimen Ukraine melantik Vasyl Maliuk sebagai Ketua Pasukan Perkhidmatan Keselamatan negara itu.
Ahli Parlimen, Yaroslav Zhelezniak berkata Maliuk sebelum ini memangku jawatan terbabit sejak Julai tahun lalu.
Sebelum ini, Ivan Bakanov yang memegang jawatan tersebut dipecat selepas melakukan pengkhianatan ketika dalam perkhidmatan.
Wakil rakyat negara dalam kancah perang berkenaan turut mengumumkan Igor Klymenko sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu.
Beliau menggantikan penyandang terdahulu, Denys Monastyrskyi yang terkorban akibat nahas helikopter. - AFP
(Foto AFP)