Wednesday, 1 February 2023

 

AS sedia hantar kereta kebal M1 Abrams ke Ukraine

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON, 26 Januari- Amerika Syarikat (AS) bersedia memulakan proses menghantar puluhan kereta kebal jenis M1 Abrams ke Ukraine.

Perkara itu disahkan dua pegawai kanan Amerika yang enggan mendedahkan identitinya.

Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas Washington berhujah untuk tidak menghantar Abrams, meskipun mendapat permintaan dari Kiev dan tekanan dari Berlin yang juga mendapat permintaan untuk menghantar kereta kebal Leopard buatan Jerman.

Pengumuman mengenai kelulusannya dijangka dibuat seawal hari ini.

Sumber ketiga memaklumkan komitmen Amerika itu mungkin berjumlah sekitar 30 kereta kebal Abrams untuk dihantar ke Ukraine dalam beberapa bulan ini.

Abrams didakwa diperoleh menerusi dana dikenali sebagai Inisiatif Bantuan Keselamatan Ukraine (USAI), badan yang membolehkan pentadbiran Joe Biden mendapatkan senjata daripada industri, berbanding bekalan senjata sedia ada milik Amerika.-REUTERS


(FOTO REUTERS)