Wednesday, 1 February 2023

 

Tentera Israel bunuh 3 rakyat Palestin dalam serbuan di Tebing Barat

  • Published in Berita Dunia

RAMALLAH, 9 Disember-Tentera Israel membunuh tiga rakyat Palestin dalam serbuan sebelum subuh pada Khamis

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin,serbuan menyasarkan bandar Jenin dan kem pelarian di utara Tebing Barat.

Jenin dan bandar Nablus yang berdekatan, kedua-duanya menempatkan kem pelarian yang luas, adalah kubu kuat pejuang Palestin.


(Anggota penyelamat Palestin menunjukkan kesan peluru askar Israel yang menembusi
van penduduk di Tebing Barat/AFP)

Susulan itu, Israel telah meningkatkan serbuan di sana sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Menurut kementerian kesihatan Palestin, lebih 210 rakyat Palestin telah terbunuh tahun ini.

Jumlah itu termasuk kematian semasa konflik singkat di Gaza pada Ogos, kebanyakannya selepas tentera melancarkan tindakan keras di Tebing Barat berikutan beberapa serangan di Israel.

Pada masa sama, pihak berkuasa Israel berkata 23 orang awam dan lapan anggota keselamatan terbunuh dalam serangan Palestin di Israel dan Tebing Barat.

Israel telah melakukan serbuan dan tangkapan setiap hari di seluruh Tebing Barat, dalam operasi yang didorong serangan bertubi-tubi Palestin terhadap Israel pada musim bunga yang mengorbankan 19 orang.

Tentera Israel berkata, serbuan itu bertujuan memusnahkan rangkaian militan dan menggagalkan serangan masa depan.

Bagaimanapun, rakyat Palestin berkata, mereka mengukuhkan pendudukan terbuka Israel yang kini sudah memasuki tahun ke-56.-AFP