Wednesday, 8 February 2023

 

Lebih 150 pelarian Rohingya diselamatkan di luar pantai Thai

  • Published in Berita Dunia

 (Etnik Rohingya berada di atas bot yang hanyut di perairan Thai di luar pulau selatan
Koh Lipe di laut Andaman/Fail AFP)

YANGON, 8 Disember- Lebih 150 orang etnik Rohingya berjaya diselamatkan dari bot yang dinaiki air berhampiran kawasan pantai Thailand, kata tentera Myanmar pada Khamis.

Bot yang membawa 48 wanita dan 106 lelaki itu dikesan sekitar 240 kilometer (150 batu) tenggara bandar Myeik, kata junta.

Mereka dikesan oleh pelantar minyak luar pesisir kendalian Perbadanan Minyak dan Gas Asli Myanmar bersama rakan kongsi swasta.

Dua bot penyelamat dihantar pada kira-kira 8.00 malam pada hari Rabu, tambah kenyataan itu.

Tidak jelas bila atau dari mana kapal yang membawa 154 orang itu berlepas.

Bagaimanapun, kenyataan junta sebelum ini menyebut bahawa kumpulan itu datang dari kem pelarian di Bangladesh dan berhasrat untuk ke Indonesia.

Kem pelarian yang luas dan sesak di Bangladesh menempatkan kira-kira satu juta pelarian Rohingya.

Kebanyakannya melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar pada 2017, termasuk pembunuhan, rogol dan pembakaran -AFP

(Bot yang membawa 48 wanita dan 106 lelaki itu dikesan sekitar 240 kilometer (150 batu)
tenggara bandar Myeik/AFP)