Wednesday, 8 February 2023

 

15 suspek penyeludup dadah maut dalam pertempuran dengan tentera Thai

  • Published in Berita Dunia

BANGKOK, 8 Disember- 15 suspek penyeludup dadah terbunuh dalam pertempuran dengan pighak berkuasa ketika cuba menyeberang ke utara Thailand, kata pegawai tentera Khamis.

Pertempuran berlaku berhampiran "Segi Tiga Emas" Thailand, Myanmar dan Laos yang telah lama menjadi hab penyeludupani.

Renjer yang meronda di utara wilayah Chiang Mai menemui kira-kira 20 orang berjalan dari arah Myanmar, kata seorang pegawai Pasukan Petugas Pha Muang, yang memantau enam wilayah sempadan.

Anggota kumpulan itu melepaskan tembakan selepas mereka diarah berhenti untuk diperiksa, kata pegawai, dengan askar membalas tembakan, menyebabkan 15 maut.

Tiga puluh beg dadah ditemukan di tempat kejadian, kata pegawai.

"Kami melakukan pemeriksaan awal dan mendapati ia adalah ais (syabu)," kata seorang pegawai tentera tempatan, selepas menggeledah beg itu.

Ais ialah nama nama yang digunakan di pasar gelap untuk methamphetamine, sejenis dadah perangsang yang sering dihasilkan di Myanmar dan dihantar melalui Thailand dan Laos untuk dieksport ke seluruh Asia.

Pihak berkuasa di seluruh Asia Tenggara mencatat rekod rampasan tertinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini. -AFP

(Pihak berkuasa Thai memunggah dadah dalam serbuan 7 Januari lalu/REUTERS)