Wednesday, 8 February 2023

 

COVID-19: China lapor lebih 21,000 kes baharu

  • Published in Berita Dunia

(Foto hiasan)

BEIJING, 8 Disember- Sebanyak 21,439 kes baharu jangkitan COVID-19 di rekodkan di China setakat Rabu lalu. Jumlah itu berkurangan berbanding sehari sebelumnya yang merekodkan sebanyak 25,321 kes.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,079 kes bergejala dan 17,360 tidak bergejala.

Manakala, Selasa lalu, sebanyak 25,321 kes baharu direkodkan. Daripada jumlah itu, 4,409 kes bergejala dan 20,912 kes tanpa gejala, yang dikira secara berasingan.

Sementara itu, sebanyak 21,165 kes tempatan baharu dilaporkan, di mana 4,031 adalah bergejala dan 17,134 tidak bergejala, berkurangan daripada sehari sebelumnya, yang merekodkan sebanyak 25,115 kes.

Bagaimanapun, tiada kematian baharu dilaporkan. Jumlah kematian kekal sebanyak 5,235 kes. Sehingga semalam, China mengesahkan jumlah kes bergejala 354,017.

Sementara itu, pengumuman pelonggaran sekatan COVID-19 di seluruh negara di China menimbulkan pelbagai reaksi susulan jumlah jangkitan masih berada pada paras tertinggi.

Ketika rakyatnya bergembira dengan pengumuman itu, beberapa bandar terus memberi amaran kepada penduduk agar terus berwaspada terhadap wabak maut tersebut.-REUTERS


(Sebanyak 21,439 kes baharu jangkitan COVID-19 di rekodkan
di China setakat Rabu lalu/REUTERS)