Wednesday, 8 February 2023

 

Kes Korea Utara bunuh tiga remaja secara terbuka tular

  • Published in Berita Dunia

PYONGYANG, 6 Disember- Korea Utara dilaporkan telah membunuh tiga remaja berusia kira-kira 16 hingga 17 tahun secara terbuka sekitar Oktober lalu.

Dua daripada tiga remaja itu dihukum mati kerana ditangkap menyebarkan kandungan filem Korea Selatan.

Perkara itu didedah dua sumber yang menyaksikan hukuman mati dilaksanakan dalam satu temubual bersama Radio Free Asia.

Seorang lagi remaja dihukum bunuh kerana didapati bersalah kerana membunuh ibu tirinya.

Pelaksanaan hukuman mati itu dilakukan di lapangan terbang Hyesan City di utara yang bersempadan dengan China.

Di Korea Utara, menonton atau mengedarkan filem dan drama Korea Selatan serta mengganggu ketenteraman sosial dengan membunuh orang lain, berdepan hukuman mati maksimum.

Dua remaja terbabit ditahan ketika cuba menjual pemacu pena mengandungi kandungan filem dan drama Carousel seludup di pasaran tempatan.

Berita mengenai hukuman mati itu telah merebak dan menakutkan orang ramai.-REUTERS


(Pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un/AFP)