Wednesday, 1 February 2023

 

Mahmoud Abbas berikrar teruskan penentangan terhadap penjajahan rejim Israel

  • Published in Berita Dunia

BAITULMAQDIS, 6 Disember- Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berikrar kekal teguh menentang penjajahan Israel yang berlanjutan sejak beberapa dekad.

Pencerobohan Israel terhadap Palestin akan ditentang dengan kaedah meluaskan penentangan secara aman termasuk tindakan di peringkat antarabangsa.

Tegasnya, rakyat Palestin juga pasti tidak akan menyerah dan akan tetap teguh menentang pendudukan rejim zionis itu.

Katanya, biarpun setiap jam Israel melakukan jenayah dan pencabulan terhadap rakyat, tanah dan tempat suci di Palestin, ia tidak menghalang rakyat untuk bangkit menentang.

Mahmoud Abbas menegaskan, pihak berkuasa Palestin akan meneruskan usaha di peringkat antarabangsa bagi memaksa Israel menamatkan pendudukan dan menghentikan pencerobohannya.

Palestin juga menuntut Israel bertanggungjawab atas pencabulannya terhadap negara itu.

Ketegangan di Palestin semakin memuncak sejak kebelakangan ini susulan serbuan berterusan Israel atas tiket memburu individu dikehendaki.

Serbuan itu mencetuskan pertempuran dengan penduduk Palestin hingga menyebabkan beberapa kematian.-REUTERS


(FOTO AFP)