Wednesday, 1 February 2023

 

Lebih 500 kawasan di lapan wilayah Ukraine terputus bekalan elektrik

  • Published in Berita Dunia

(Kira-kira 90 perkampungan lain di wilayah Donetsk, Kherson serta Mykolaiv juga
semakin terancam susulan ketibaan musim sejuk/AFP)

KIEV, 5 Disember- Kira-kira 507 kawasan di lapan wilayah masih tiada bekalan elektrik pada Ahad setelah grid kuasa utama menjadi sasaran bedilan serangan udara Rusia sejak lebih seminggu lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Ukraine, Yevgueny Yenin berkata wilayah Kharkiv paling teruk terjejas berikutan 112 perkampungan masih belum mendapat akses semula kepada bekalan kuasa elektrik.

"Musuh terus menyerang infrastruktur penting di Kiev. Jutaan penduduk terpaksa bergelap walaupun bekalan kuasa elektrik disambung semula secara berperingkat," katanya.

Kira-kira 90 perkampungan lain di wilayah Donetsk, Kherson serta Mykolaiv juga semakin terancam susulan ketibaan musim sejuk," ujarnya lagi.

Pemotongan bekalan kuasa harian di beberapa wilayah telah menyebabkan jutaan penduduk tidak boleh menggunakan alat pemanas untuk menghadapi suhu yang semakin menurun di bawah sifar darjah Celsius. 

(Dengan suhu menurun di bawah sifar, serangan berulang Rusia telah menyebabkan grid tenaga Ukraine tidak menentu
dan telah mengganggu bekalan kuasa  serta air kepada  rakyat Ukraine/AFP)



Dengan serangan lanjut ke atas rangkaian bekalan kuasa yang dijangka lebih meluas, rakyat Ukraine bimbang musim sejuk berpanjangan yang sukar serta isu kebanjiran pelarian perang yang kini memasuki bulan kesepuluh semakin meruncing.

Pengendali tenaga swasta Ukraine DTEK berkata hampir separuh daripada grid elektrik Ukraine kekal tidak dapat beropeasi atau sama sekali musnah selepas Rusia mula menyasarkan nekalan tenaga Ukraine sejak Oktober .AFP