Wednesday, 8 February 2023

 

White House pantau kandungan kebencian dan keganasan di twitter

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON, 29 November - White House memantau platform media sosial Twitter yang kini di bawah pengawasan Ketua Eksekutif baharu, Elon Musk.

Jurucakap White House, Karine Jean-Pierre berkata platform media sosial harus bertanggungjawab untuk mengambil tindakan ketika mencegah maklumat salah dan kebencian.

(Jurucakap White House, Karine Jean-Pierre / FOTO AFP)

"Adalah menjadi tanggungjawab platform media sosial untuk memastikan tindakan diambil terhadap sebarang maklumat tidak betul.

"Ini terutama kenyataan yang menghasut pengguna melakukan keganasan," kata Jean-Pierre

Semalam, beberapa siri tweet Musk didapati melepaskan geram terhadap kawalan ketat Apple menerusi App Store.

Beliau mendakwa, tindakan pengeluar iPhone itu cuba menggulingkan platform media sosialnya yang baru dimilikinya.-AFP